Peringatan Kedua - Memuatnaik Keputusan Peperiksaan 2019/2020 Melalui UPP Online Portal
07 September 2020
KEPADA: Penuntut Berterusan (Continuing Students) Di Bawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Penerima Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan.
Dengan hormat sukacita menarik perhatian semua penuntut berterusan (continuing students) dibawah Skim Biasiswa Kerajaan dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan berhubung perkara tersebut di atas.
PENUNTUT BERTERUSAN SESI 2019/2020
Dalam hubungan yang sama, semua penuntut berterusan yang akan meneruskan pengajian ke sesi akademik 2020/2021 atau seterusnya adalah dimestikan untuk memuatnaik Transkrip keputusan akhir lengkap dengan nama penuh melalui UPP Online Portal selewat-lewatnya 15 September 2020. Kegagalan/kelambatan memuatnaik transkrip masing-masing akan menjejaskan prosis pengurusan elaun sarahidup dan elaun-elaun berkenaan.
PERINGATAN!
Mana-mana pelajar yang gagal memuatnaik keputusan peperiksaan selepas 15 September 2020, maka
1. elaun-elaun akan digantung.
2. Financial Guarantee Letter (FGL) tidak akan diberikan untuk melanjutkan tahun pengajian seterusnya sehingga keputusan dihantar ke UPP.
Sekian. Wassalam.
Pautan
Surat Pemakluman Unit Penuntut-Penuntut Bil 24/2020