Peringatan Penting Bagi Penuntut-Penuntut Yang Akan Keluar United Kingdom Dan Ireland Untuk Bercuti Atau Sebab-Sebab Sosial Lain

Sehubungan dengan itu, sayugia diingatkan kepada semua pelajar mengenai perkara berikut:

1) Setiap pelajar dimestikan untuk membawa dan menunjukkan kad BRP/GNIB semasa membuat urusan dengan pihak Imigresen semasa keluar/masuk UK atau Ireland.

2) Dokumen penting seperti Kad Pengenalan (Brunei) dan juga lesen memandu (Brunei) tidak perlu dibawa bersama semasa percutian keluar UK atau Ireland, iaitu bagi menggelakkan keperluan untuk menggantikannya jika terjadi sebarang kecurian nanti. Walau bagaimana pun setiap pelajar adalah dimestikan mengupload salinan kad pengenalan, salinan paspot, BRP atau GNIB kedalam portal pelajar masing-masing.

3) Semua pelajar untuk sentiasa berhati-hati semasa percutian diluar negeri dan memaklumkan kepada Kedutaan Negara Brunei Darussalam (NBD) ketika berada di negera yang dikunjungi dan juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini

4) Memaklumkan kepada Pegawai – Pegawai UPP dengan seberapa segera jika terjadi sebarang musibah semasa percutian di luar UK dan Ireland, dan sentiasa memastikan dokumen-dokumen penting seperti Pasport, BRP dan GNIB, kad kredit adalah sentiasa dalam keadaan selamat.

Unit Penuntut-penuntut juga ingin menasihatkan kepada semua pelajar untuk sentiasa berhati-hati (to be more vigilant) dimana pun berada.

 

Jika kita padat dengan kesetiaan dan memiliki semangat patriotik, sudah barang tentu perkara.perkara ini tidak mungkin berlaku. Kepentingan Negara tentu sahaja akan diutamakan melebihi daripada kepentingan diri sendiri.Jadi sukalah beta mengingatkan, supaya para penuntut benar-benar bersikap bulat kepada Brunei. Janganlah sumbing atau cacat. Biar kita tetap bulat supaya lebih berkat.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Ireland Utara terdiri daripada penuntut-penuntut dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga di London, United Kingdom pada Hari Ahad, 1 Mei 2011
Salman Al-Farishy, seorang sahabat yang terkemuka, pernah berkata : Apabila seseorang lelaki selalu memohon kepada Allah pada waktu senang, Kemudian dia mengalami kesusahan lalu ia memohon kepada Allah, maka berkatalah Malaikat : (suara ini sudah terkenal, maka tolonglah akan orang yang empunya suara itu). Sebaliknya jika suara tidak dikenal selama ini kecuali dimasa susah, malaikat itu berkata juga, bahawa suaranya tidak pernah dikenali maka tidak usahlah di tolong akan dia.

 

Petikan dari kitab Hadith 40, Karangan Mustafa Abdul Rahman

Article

Highlights